
PERUTUSAN
GURU BESAR
​
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
​
Pelbagai perkara telah dilalui oleh semua warga SKTH dalam usaha menjayakan program dan perancangan yang telah diatur selaras ingin mencapai visi dan misi sekolah ini demi melihat kemenjadian murid SKTH suatu masa nanti.
​
Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua warga SKTH yang bertungkus lumus menyempurnakan perancangan program tahunan sekolah ini. Walaupun dalam kesibukan sebagai seorang guru, namun pendidik SKTH telah membuktikan bahawa sebagai seorang guru kita sanggup berbakti dan mengorbankan apa sahaja demi kejayaan anak bangsa khususnya anak-anak didik di Sarawak.
​
Dengan kesempatan ini, saya juga mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang tak terhingga Pejabat Pendidikan (PPD) Kuching dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ke arah memastikan SKTH akan bergerak maju seiring dengan kemajuan pendidikan dalam negara Malaysia. Akhir kata, semoga sekolah kita akan terus maju jaya pada masa akan datang dengan sokongan padu daripada seluruh warga SKTH.
Sekian. Wassalam.
​
​