top of page

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

 

Kampung Tabuan Melayu merupakan salah sebah kampung yang majoriti penduduk terdiri daripaka kaum melayu Sarawak. Di kawasan perkampungan ini telah wujud sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Tabuan pada suatu masa dahulu. Atas sebab kepadatan jumlah murid di sekolah tersebut akibat murid bertambah dari tahun ke tahun, maka satu sekolah baru telah diwujudkan iaitu Sekolah Tabuan Hilir ( SKTH ), Kuching. Dimana jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Tabuan telah dibahagi dua iaitu separuh kekal belajar di Sekolah Tabuan. Manakala sebahagiannya dipindahkan ke SKTH.

 

SKTH telah beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2003 dan upacara perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B Perhin Sri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri Negeri Sarawak pada 15 Mac 2003. Sekolah ini  mula beroperasi dengan hanya empat buah bangunan sekolah iaitu tiga bangunan kelas, manakala satu bangunan kantin. Mempunyai keluasan keseluruhan sekolah seluas 7.9 ekar bersamaan 3.2 hektar dan no. Lot tanah ialah 1143 dalam kawasan Blok 11. Sekolah ini terletak dalam kawasan Kg. Tabuan Melayu, di bawah daerah pentadbiran Kuching, dalam kawasan Parlimen Santubung ( P193 ), dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Demak Laut ( N05), dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS ).  Jarak sekolah ini daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuching ialah sejauh 8 kilometer.

 

Sekolah ini mula dibuka dengan ditadbir oleh seorang guru besar yang pertama sejak tahun 2003 sehingga 2008 iaitu En. Sharkawi Bin Anuar. Sejak sekolah dibuka, ianya mampu menampung murid sehingga 630 orang. Jumlah tersebut terus meningkat dan sehingga kini jumlah tersebut telah mencapai  915 bilangan orang murid. Daripada jumlah tersebut, 90% daripadanya merupakan anak-anak yang menetap berhampiran dengan kawasan sekolah ini dan selebihnya berasal dari beberapa kawasan lain yang berhampiran.

 

Terkini iaitu pada Januari 2010, semasa Program Orientasi Guru Baru kepada Guru Sandaran Siswazah Terlatih diadakan, Guru Besar sekolah ini ialah En. Sajali Bin Ojek yang berasal dari Kuching, Sarawak. Sekolah ini melaksanakan satu sesi sahaja dan mempunyai 22 kelas dari tahun 1 sehingga tahun 6, manakala 2 kelas adalah pra sekolah dan 1 kelas PKBP. Seramai 62 orang  guru, manakala seramai 9 orang kakitangan pentadbiran telah bertugas di sekolah ini. Kini sekolah di tadbir oleh guru besar baharu iaitu En. Normalis Bin Sebli dan mempunyai 24 kelas dari tahun 1 sehingga tahun 6, manakala 5 kelas adalah pra sekolah dan 2 kelas PPKI.

 

Kod sekolah ini ialah YBA1210. Gred sekolah adalah masih Gred B ( iaitu jumlah murid di bawah 1000 orang ) dan akan di kemaskini kepada sekolah Gred A memandangkan jumlah murid semakin bertambah. Sekolah ini mempunyai kemudahan air dan kemudahan elektrik ( 3 fasa ) dalam tempoh 24 jam. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan / prasarana yang baik seperti ruang kelas mencukupi dan selesa, padang sekolah yang luas, kemudahan kantin, kemudahan tandas dan laluan pejalan kaki yang selamat. Antara sekolah yang berhampiran daripada sekolah ini iaitu dalam jarak 2 kilometer dari kawasan sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Tabuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kuching. Sekolah ini mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan kebersihan sekitar kawasan  sekolah.

bottom of page